Pelucutan Tengku Temenggong Kelantan Krisis kerabat diraja Kelantan 2010

Pada 30 September 2010, Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra telah menerima surat pelucutan daripada majlis perajaan negeri Kelantan. Surat pelucutan itu dilakukan oleh Sultan Muhammad V, selaku Sultan Kelantan baharu yang juga kekandanya susulan kegeringan yang dihadapi Sultan Ismail Petra yang dirawat di Singapura.[11]

Pada 18 Disember 2010, Tengku Muhammad Fakhry Petra memfailkan saman terhadap kekandanya itu, Setiausaha kerajaan negeri Kelantan, Mufti Kelantan, kerajaan Kelantan dan empat lagi kerabat diraja. Alasannya ialah Tengku Fakhry dilantik sebagai Tengku Temenggong Kelantan oleh ayahandanya. Menurut Perlembagaan Negeri Kelantan, hanya Sultan Kelantan berhak melucutkan jawatan kerabat diraja dan mengubah kedudukan ahli di dalam majlis perajaan negeri Kelantan. Ayahandanya melantik Tengku Muhammad Fakhry Petra pada 2001.

Rujukan

WikiPedia: Krisis kerabat diraja Kelantan 2010 http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.malaysiakini.com/news/130972 http://www.malaysiakini.com/news/131046 http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=032... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt...